Friday, September 28, 2007

belajar loghat bahasa kelantan

PENGENALAN

Biodata diri

· Nama penuh, MOHD NAZLISHAM BIN NORDIN (mu-se).
· Umur, genap 20 tahun.
· Lahir pada 24/07/1987 pada hari jumaat sekitar jam 12:30pm.
· Di lahirkan di sebuah kampung dalam daerah pasir puteh.
· Anak ke 10 daripada 14 orang.
· Melukis dan bermain alat muzik menjadi hobi.
· Berasal daripada kelantan.
· Mendapat pendidikan awal di kelantan.
· Mempunyai bakat dalam bidang seni terutamaya viasual dan muzik.
· Mengambil kos TEKNOLOGI SENI VISUAL (VT).

BELAJAR LOGHAT BAHASA KELANTAN

Kelantan merupakan sebuah negeri yang terletak di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia iaitu berhampiran dengan negara Thailand. Dikelantan ini terdapat pelbagai benda-benda pelek yang di amalkan dimana amat berbeza dengan amalan yang diamalkan di negeri-negeri lain. sebagai salah satu daripadanya contohnya adalah penggunaan bahasa yang agak luar biasa. Oleh itu, disini saya ingin berkongsi dengan anda tentang makna-makna penggunaan bahasa yang dituturkan di negeri ini.

BAHASA KELANTAN
BAHASA FORMAL
Demo/ mu
= awak
Kawe / ambo/ aku
= saya
Guano kiro/ ra`no
= Macam mana
Wak kiro
= Ambil peduli
Tu`bek
= Keluar
Tok sir
= Tak nak
Lawa
= cantik
Molek
= Perfect/ sempurna
Tok seko
= Tak sangka
Baso
= Bahasa
Orghe
= Orang/ manusia
D`erat
= Jalan-jalan
Alah ko..
= Menuju
Tak dok
= Tiada
Make
= Makan
Ri`gat
= Tangkap
Serupa
= Sama
Co`me lote
= Cantik yang amat
Ma`rgi
= Datang
Buleh ki`gho
= Boleh tahan
Sen`geh
= Senyum
Tok leh lok
= Tak boleh di biarkan
Katok
= Pukul
Je`rit / ti`yok
= Menangis
Tepoh
= Langgar
Hambat
= Kejar
Hungga
= lari
Gelenya
= Gatal
Ngejah
= Mengayat awek
Bereh
= Ok/ setuju/ siap/ selesai
Le`penk
= Kemik
Tolo/ bu`wah
= nakal
Selut
= Lumpur
Gitumola`lu
= Sungguh-sungguh
Nge`cing
= Menipu
Kecek
= cakap
Gho`yat
= Bagitahu
Bu`a
= Bercerita
Ngi`la
= Ketawa
E`rek
= Tarik
Nga`yi
= Mengejek
Tak dok pekdoh
= Tak berfaedah
Mamoh
= Kunyah

Perkataan-perkataan di atas hanyalah setengah daripada perkataan yang di gunakan di Kelantan. Masih banyak lagi perkataan-perkataan yang belum disebut disini. Oleh itu, cuba lah menghayati perkataan-perkataan diatas. Ia mungkin berguna untuk anda dalam masalah komunikasi di antara kawan-kawan yang berasal daripada Kelantan.




KESAN PEMBELAJARAN KURSUS TERHADAP SAYA
Terutama sekali saya ingin meluahkan rasa syukur terhadap ilahi kerana dengan kuasanya saya berada di Universiti Malaysia Sabah ini. Ini kerana dengan berada di institusi ini, banyak benda-benda baru yang telah saya pelajari walaupun masih lagi baru menuntut dekat sini. Salah satu daripada ilmu yang amat berguna dalam zaman yang serba canggih ini adalah dari segi pengetahuan dalam bidang internent. Sudah semestinya berkaitan dengan kursus RANGKAIAN INTERNENT yang banyak telah memberi manfaat kepada saya.
Sebagai salah satu daripada contoh manfaat yang saya perolehi adalah dari segi penggunaan intetrnet yang ada pada hari ini dengan lebih mendalam lagi. Mungkin dulu saya banyak mengunakan internent untuk mencari bahan-bahan bagi membuat tugasan sekolah. Namun ia tidaklah sedalam yang mana sebagaimana saya menggunakannya pada hari ini. Dengan lebih jelas lagi, setelah memperolehi pelajaran dalam kursus rangkaian internent ini, saya sedar bahawa masih banyak lagi benda-benda yang saya belum terokai dalam penggunaan internent. Ini bermakna, kursus ini telah banyak memberi maklumat kepada saya tentang benda-benda yang terdapat dalam jaringan atau rangkaian internent pada zaman ini.
Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan tengtang rankaian internent, kursus ini juga telah banyak memberitahu saya tentang sistem panyambungan yang digunakan pada zaman ini. Sebagai contohnya seperti penggunaan wayerlass, bluetooth, inframerah dan sebagainya. Ini juga telah meningkatkan pengetahuan saya dalam penggunaan sistem penyambungan ini. Walaupun ia juga terdapat dalam telefon bimbit, penggunaanya lagi banyak sehinggakan boleh menghubungkan banyak komputer dalam satu talian.
Dengan mengikuti kursus ini, telah banyak maklumat yang saya perolehi yang amat berguna buat diri saya. Selain daripada menggunakanya untuk berhibur, ia juga banyak telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Segala maklumat terdapat dalam internent, Cuma ia memerlukan cara yang betul dalam mencari maklumat-maklumat tersebut. Setelah mempelajari ilmu internent ini, saya menjadi lebih berminat dalam menerokai benda-benda yang baru seperti sistem penyambunganya.
Sebagai kesimpulanya, kursus ini telah banyak memberikan kesan-kesan yang positif terhadap diri saya dan kawan-kawan yang lain. Insya allah akan saya guna ilmu yang diajarkan ini dengan sebaik yang mungkin. Walaupun begitu, mungkin banyak benda lagi yang saya masih belum tahu berkenaan dengan internet dan rangkaianya.